Bahan-bahan:
·
400gm
tepung gandum ~ di ayak
·
1/2 soda
bikarbonat ~ ayak bersama tepung
·
1 cawan
air
·
1 sudu
besar marjerin ~ dicairkan
·
1 sudu
kecil garam
·
1 sudu
besar gula
·
1 sudu
besar susu pekat manis
·
1 biji
kuning telur
·
2 sudu
kecil yis segera
·
Minyak
untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya:
1.
Satukan
air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda
bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau agar sebati.
2.
Masukkan
tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3.
Ulikan
sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari . Biarkan selama
setengah jam - bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang
bersih.
4.
Canaikan
doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5.
Potong
kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6.
Rendamkan
lidi di dalam air . Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci
tersebut .
7.
Cantumkan
dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.
8.
Panaskan
minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng keperangan.
Sos Kastard Manis
Bahan-bahan
·
1 1/2 sdb tepung kastard
·
1 1/2 cawan santan
·
1/2 cawan air biasa
·
5 sdb gula
·
2 helai daun pandan
·
sedikit pewarna hijau
·
secubit garam
- Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api
sederhana, kacau sehingga gula hancur dan bancuhan agak likat dan berkilat.
Kalau bancuhan terlampau likat, boleh tambah air sikit.
No comments:
Post a Comment