Monday, December 17, 2012

Durian Crepe



Durian Crepe

Bahan-bahan
  • 20 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung ubi
  • 10 gm tepung jagung
  • 10 gm tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu besar gula halus
  • 40 ml susu cair
  • 150 ml air
  • kaler kuning lemon
  • perisa durian ~ pilihan
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk   
  2. Sebatikan dan tapis
  3. Lengserkan kuali dengan butter
  4. Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick ( tak melekat ) dan layangkan kuali agar ianya menebar dengan tipis. Lebihan adunan boleh di keluarkan supaya crepe tak menjadi tebal
  5. Buat crepe setipis yang boleh
  6. Masak menggunakan api yang kecil
  7. Masak hingge crepe mengering dan   perlu di terbalikkan
                                                                                                   
FILLING (inti)
Bahan (a)
  • 200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingge kental
  • Isi durian secukupnya
  • 200 gm susu segar
  • 50 gm whipping cream
Bahan (b)
  • 30 gm tepung kastard
  • 50 gm gula castor
  • 2 kuning telur
  • 30 gm susu segar
  • 200 gm non dairy whipping cream
Cara-cara
  1. Satukan campuran B hingga sebati
  2. Satukan A dan B dan masak atas double boiler hingga adunan  menjadi pekat
  3. Sejukkan sebentar.( biar betul betul sejuk)
  4. Putar whipping hingga kental.
  5. Satukan adunan kastard dan whipping dengan kaedah kaup balik
  6.  
CARA MENGGULUNG
  1. Ambil sekeping crepe
  2. Letak filling dan isi durian
  3. Gulung crepe dengan melipat kiri dan kanan
  4. Lipat bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas

No comments:

Post a Comment