Friday, September 6, 2013

RESEPI SATAY AYAM MADU





Bahan:
  • 500 gm isi ayam/daging (hiris kecil )
  • 3 batang serai - dikisar
  • 3 hiris lengkuas - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan putih - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 - 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil madu
  • sedikit gula melaka / kurosato /nisse -dikisar
  • Lidi satay secukupnya

Bahan tambahan:
  • Kuah Kacang Daging / Kuah kacang
  • nasi impit - dipotong dadu
  • timun (dipotong kecil)
  • bawang besar jika suka (potong kecil)

Bahan untuk merenjis :
  • 1 biji buah keras(ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  1. Kacau gula dengan air hingga hancur.
  2. Masukkan buah keras dan minyak kemudian kacau sebati.
  3. Serai yang diketuk sedikit dan diikat bersama sehelai daun pandan sebagai perenjis.
  4. Celup ke dalam bahan renjis dan renjis ke atas satay yang sedang di bakar.

Cara membuat satay:
  1. Biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih di sangai / digoreng tanpa minyak sehingga wangi kemudian baru di tumbuk / dikisar bersama serai, halia, lengkuas, kunyit, bawang putih, dan gula melaka.
  2. Kemudian campurkan dengan gula, garam dan madu. Perasakan cukup manis, masin.
  3. Perap ayam dengan bahan kisar selama 4 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
  4. Cucuk dengan lidi satay.
  5. Bakar dan renjiskan dengan bahan renjis sehingga satay masak.
PELBAGAI PILIHAN CARA MEMBAKAR SATAY
  1. Sapukan TUDUNG PERIUK dengan sedikit minyak masak dan letakkan di atas dapur gas. Susun satay di atas tudung periuk dan bakar sehingga masak. Boleh bakar dan renjis macam bakar dengan arang. ATAU
  2. Bakar satay di dalam OVEN dengan suhu 200 c selama 20 - 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada jenis oven. ATAU
  3. Buat je SATAY GORENG kemudian bila dah masak cucuk dengan lidi.

1 comment:

  1. Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
    Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete