Wednesday, December 29, 2010

Perihal Anak anakku

7 taun yg lepas, aku preggy buat kali pertama. 4 taun menunggu akhirnya aku selamat melahirkan putera kami yg pertama yang ku beri nama Danish Haqeemie Bin Hairol Anuar yang bermaksud Bijaksana. Pernantian ku selama ni berbaloi apabila melihat putera kami yg gebu dan comel.

Ada cite sebenarnya di sebalik kelahiran putera sulung ku ni. Nak dapat budakni mmg lah susah bangat, macam2 cara aku cuba untuk preggy, pantang dengar org kata makanan ni bagus, aku terus beli. Bukan tu je, puas dah aku cuba berurut kat sana sini, tapi akhirnya sangatlah menghampakan. Masuk taun ketiga aku mula tension, bila balik kampung je terdengarlah suara2 sindir. Tapi nasib baik aku n suami buat tak kisah je.

Suatu hari tu aku tekad nak gunakan duit simpanan kami untuk jumpa pakar perbidanan n sakit puan kat hosp pasir gudang. Buat pertama kalinya aku diperkenalkan ngan Dr Toha. Doc ni telah memeriksa aku ngan suami. Dia kata aku ngan suami sebenarnya sihat n tak de masalah, cuma dia kata kami masih belum ada rezeki je. First  rawatan dia suruh aku makan ubat subur, lama gak kami makan hampir 3 bulan, bila tak berhasil gak kami buat second treatment iaitu kaedah ivi.

Kaedah rawatan ivi juga gagal, aku hampir berputus asa. Doc terus mencadangkan rawatan seterusnya iaitu kaedah ivf. Mula2 aku ngan suami setuju, tapi bila dengar costnya yang hampir berbelas ribu ringgit, aku berfikir sejenak. Doc kata kaedah ni 95% berjaya, tapi masih ada 0.5% risiko. Bila aku fikir mungkin aku buat treatment ni terlalu awal, setelah berbincang ngan suami aku sepakat nak buat treatment ni 2 taun lagi, Lagi pun masa tu aku baru setahun kerja, nak kumpul duit sebanyak tu mungkin mustahil. Siang malam aku berdoa agar dimurahkan rezeki agar aku mampu membuat treatment tu.

5 bulan selepas tu, ada seorang yg tak di kenali telah menelifon aku untuk menyerahkan anaknya sebagai anak angkat. Mula2 aku rasa bingung jugak. Tapi lama kelamaan aku rasa itu rezeki dari Allah s.w.t . Aku dan suami mengatur perjalanan ke rumah wanita itu. Aku tengok keadaan wanita itu sangat susah. Wanita itu mengandung anak ke 9. Suami wanita itu baru dua bulan di tahan polis kerana dadah. Wanita itu mengandung 7 bulan. Dia berjanji untuk menyerahkan bayinya setelah lahir kepada ku. Bertapa gembiranya aku kerana aku akan menjadi ibu dalam masa terdekat ni, sebelum pulang aku sempat memberi rm 500 kepada wanita itu dan telah pergi ke pekan  membeli seluruh keperluan dapur dan vitamin untuk wanita itu dan keluarganya.

Dirumah pula aku dan suami telah membeli segala kelengkapan untuk bayi itu. Dari susu, baju, pampers, buai, katil dan segala galanya untuk bayi. Tanpa ku sedari aku telah memberlanjakan hampir 2k untuk membeli kelengkapan bayi. Setiap hari aku menelifon dan bertanya khabar ttg ibu bayi itu.

Sampai lah saat di tunggu2, aku dan suami telah pergi kekampung itu dalam keadaan hujan renyai2. Tiba tiba aku berselisah dengan sebuah kereta bmw warna hitam tak jauh dari rumah wanita itu, Aku merasa pelik kerana jarang orang akan melalui jalan hutan yang hanya menuju rumah wanita itu

Bila aku tiba di hadapan rumah bayi itu, keadaan sunyi sepi, pintu tingkap bertutup rapat. Aku cuba memberi salam dan mengetuk pintu tapi tiada sebarang balasan. Aku menjadi pelik. Baru sejam yang lepas aku menelifon ibu bayi itu untuk mengkhabarkan kedatangan kami, Masa tu tak de pun suara yang meragukan. Bila aku pergi ke sebuah rumah berhampiran dengan rumah wanita itu. Jiran wanita itu telah memberi tahu aku wanita itu telah menjual anaknya ke subuah keluarga di Kuala Lumpur. Dia siap pesan kepada ku supaya aku melupakan hasrat untuk membela bayi itu. Bertapa kejamnya hati wanita itu Hancur luruh hati aku bila dapat tahu aku dipermain mainkan mcm ni. Sedih sangat bila ada insan yg tergamak membuat insan lain kecewa.

Pulang je kerumah aku meraung semahunya, harapan aku untuk menjadi ibu berkecai, Semua kelengkapan bayi yg sudah siap ku beli aku lempar ke dinding. Saat itu hanya tuhan saja yang tahu perasaan ku. Aku menangis hingga tertidur Bila aku sedar dari tidur aku beristifar banyak2. Mungkin ini dugaan Tuhan pada ku dan aku kena redha. Aku redha dan menganggap semua yg terjadi itu ada hikmahnya.

Panjang lebar pulak aku cite, sebenarnya aku nk memperkenalkan anak sulung ku yg pertama ha ni dia  budak yg lahir hari jumaat pukul 1.14 tgh hari, masa tu azan zohor tgh berkumandang, tapi sakitnya Tuhan saja yg tahu, nak tau lagi, budak ni di panggil along, lagi satu keistimewaan dia dia lahir dalam sampul, dia keluar senyap sunyi je, masa dia keluar aku terkejut sangat coz nampak mcm buah chempedak warna hitam yg keluar, tapi lepas 10 minit doc gunting sarung dia, baru lah tangisan dan paras muka dia kelihatan, masa tu aku menangis kesyukuran, gembira tak terkata......














Yang terkini pic yg ni






No comments:

Post a Comment