BAHAN
·
400 g daging kisar
·
1/2 cawan bread crumb (atau boleh digantikan dengan 3 sudu besar tepung jagung)
·
Garam- anggaran 1/4 sudu teh
·
Basil kering (jenis serbuk kasar)
·
Lada sulah
·
3 ulas bawang putih- cincang halus
·
1 biji bawang besar- cincang halus
CARANYA
1) Campurkan kesemua
bahan
2) Gaul sebati
3) Bulat-bulatkan
ikut saiz pilihan
4) Didihkan air dalam
periuk
5) Masukkan bebola
daging (api kecil)
6) Biar hingga bebola
timbul ke atas
7) Cedok dan toskan
Tips: Jangan letakkan banyak-banyak bebola daging dalam periuk – nanti berlaga-laga
dan pastikan api kecil.
Bebola yang sudah siap disejukkan boleh di simpan dalam peti sejuk dan
digunakan ikut cita rasa - untuk digoreng atau dibakar……
No comments:
Post a Comment