Thursday, November 7, 2013

Air Soya



Bahan-Bahan:
  • Kacang Soya (RM2 lebih sekilo)
  • Gula
  • Krimer – coffee mate (optional)
Cara-Caranya:
  1. Rendamkan kacang soya dengan nisbah 3/4 air dan 1/4 kacang soya. Ini adalah kerana soya akan mengembang dan menyerap air sehingga hampir menyamai paras air. Rendam selama 4 jam.
  2. Setelah 4 jam, tos kan kacang soya tersebut dan kisar. Gunakan nisbah 1:10 iaitu 1 bahagian soya, 10 bahagian air. Jika 100g soya, air yang digunakan ialah 1 liter. Anda boleh tambah sehingga 1:14 jika tujuan untuk jual.
  3. Tapis air soya yang dikisar tersebut dan dimasak.
  4. Masukkan gula. Jika 14 liter air soya, 2 kg gula diperlukan (lebih kurang).Masukkan krimer jika ada.
  5. Masak sehingga ia mengelegak.
  6. Siap.

Tips:
Jika inginkan air soya yang sedap, pastikan mengunakan kacang soya yang berkualiti. Bagi gula, anda juga boleh gunakan gula perang.
Krimer hanya untuk menambahkan rasa berkrim air soya tersebut.

No comments:

Post a Comment