Tuesday, November 26, 2013

Snow Cheese Meleleh




Kek:
·         100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
·         60g tepung jagung*
·         1 sudu kecil baking powder*
·         1 sudu besar ovalette
·         100g gula kastor
·         4 biji telur
·         2 biji kuning telur
·         50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
·         75g mentega cair

Cara:
1.       Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2.       Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
3.       mentega cair.Sebatikan.
4.       Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:
·         250g cream cheese
·         120g susu pekat manis
·         50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
·         1 buku (250g) cheddar cheese,diparut.

Cara penyediaan:
ü   Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
ü   Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
ü   Parutkan cheddar cheese di atas kek.

Thursday, November 7, 2013

Air Soya



Bahan-Bahan:
  • Kacang Soya (RM2 lebih sekilo)
  • Gula
  • Krimer – coffee mate (optional)
Cara-Caranya:
  1. Rendamkan kacang soya dengan nisbah 3/4 air dan 1/4 kacang soya. Ini adalah kerana soya akan mengembang dan menyerap air sehingga hampir menyamai paras air. Rendam selama 4 jam.
  2. Setelah 4 jam, tos kan kacang soya tersebut dan kisar. Gunakan nisbah 1:10 iaitu 1 bahagian soya, 10 bahagian air. Jika 100g soya, air yang digunakan ialah 1 liter. Anda boleh tambah sehingga 1:14 jika tujuan untuk jual.
  3. Tapis air soya yang dikisar tersebut dan dimasak.
  4. Masukkan gula. Jika 14 liter air soya, 2 kg gula diperlukan (lebih kurang).Masukkan krimer jika ada.
  5. Masak sehingga ia mengelegak.
  6. Siap.

Tips:
Jika inginkan air soya yang sedap, pastikan mengunakan kacang soya yang berkualiti. Bagi gula, anda juga boleh gunakan gula perang.
Krimer hanya untuk menambahkan rasa berkrim air soya tersebut.

Cakoi dan Sos Kastard Manis



Bahan-bahan:
·         400gm tepung gandum ~ di ayak
·         1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
·         1 cawan air
·         1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
·         1 sudu kecil garam
·         1 sudu besar gula
·         1 sudu besar susu pekat manis
·         1 biji kuning telur
·         2 sudu kecil yis segera
·         Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
1.       Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau agar sebati.
2.       Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3.       Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari . Biarkan selama setengah jam - bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4.       Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5.       Potong kepada kepingan bersaiz  1 inci.
6.       Rendamkan lidi di dalam air . Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut .
7.       Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.
8.       Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng keperangan.

Sos Kastard Manis
Bahan-bahan
·         1 1/2 sdb tepung kastard
·         1 1/2 cawan santan
·         1/2 cawan air biasa
·         5 sdb gula
·         2 helai daun pandan
·         sedikit pewarna hijau
·         secubit garam
- Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana, kacau sehingga gula hancur dan bancuhan agak likat dan berkilat. Kalau bancuhan terlampau likat, boleh tambah air sikit. 

Homemade Seri Kaya



Bahan-bahannya:

·         10 biji telur
·         2kg gula pasir
·         1kg santan
·         Daun pandan
Cara-cara:

1.       Masukkan 1kg gula dan kacau sehingga kuning
2.       Masukkan setengah kg santan bersama-sama gula yang telah dimasak tadi dan kacau rata
3.       Di bekas lain, masukkan 1kg gula dan telur. Pukul sedikit dan kemudian masukkan santan yang selebihnya dan kacau rata
4.       Bila sudah sebati, masukkan ke dalam adunan santan dan gula yang sedang dimasak tadi.
5.       Masukkan daun pandan dan kacau sehingga santan masak.