Monday, September 8, 2014

Puding Sagu



Bahan A
·         300gm sagu biji kecil – direndam selama dua jam dan tus kan
·         3 pewarna ikut pilihan masing-masing

Bahan B
·         300gm sagu biji kecil – direndam selama dua jam dan tus kan
·         350gm gula
·         3 cawan air
·         3 cawan susu segar / cair / santan

Cara-cara Penyediaan
1.       Satukan bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih;
2.       Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu menjadi jernih dan putihnya hilang. Matikan api;
3.       Sediakan tiga mangkuk dan ceduk adunan mengikut ketebalan lapisan yang diingini dan warnakan
4.       Loyang sebelum digunakan dibasahkan terlebih dahulu. Tuangkan adunan dan biarkan beku. Untuk mempercepatkan proses, masukkan ke dalam peti sejuk
5.       Ikut kreativiti  untuk menggunakan warna dan corak lapisan
6.       Jika adunan menjadi keras dalam periuk sebelum ia digunakan, bolehlah panaskannya semula dengan api yang kecil

No comments:

Post a Comment