Wednesday, January 23, 2013

Sotong Goreng Telur Masin


Sotong Goreng Telur Masin


Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 500g sotong sederhana besar
  • serbuk lada sulah
  • tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar mentega (boleh diganti dengan majerin)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 tangkai cili merah (dicincang halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji telur masin yg telah direbus (kuning sahaja) - dilenyek
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam / 1/4 kiub pati ayam
  • 1 subu besar gula
  • 3 sudu besar air
  • serbuk lada hitam (optional)
  • minyak untuk menggoreng sotong
Cara-cara
  1. perap sotong dengan serbuk lada sulah (optional)
  2. salut sotong dengan  tepung jagung
  3. goreng sotong  dalam minyak banyak (deep fry) selama 20-30 saat (garingkan bhgn luar sahaja) dan ketepikan
  4. panaskan minyak + mentega dalam kuali yang berasingan
  5. tumis bawang putih, cili merah, daun kari hingga naik bau
  6. masukkan pati ayam, gula, lada hitam (kepada yang suka), dan air
  7. masukkan udang, masak seketika
  8. masukkan telur masin, gaul sebati

Tuesday, January 22, 2013

Ice Cream – Oreo McFlurry



Ice Cream – Oreo McFlurry

Bahan-bahan

  •  ½ tin susu pekat
  • 3 cawan susu segar / susu cair
  • 80g Ovalette
  • 3 sudu besar  Creamer 
  • Satu paket biskut Oreo (dihancurkan)


 Cara-cara

  1. Blend / mixcbahan no.1 hingga no.4
  2. Masukkan Oreo dan blend sampai hancur
  3. Tuang ke dalam gelas atau apa-apa acuan 
  4.  Sejukkan dalam peti ais

Saturday, January 19, 2013

Percutian di pulau mutiara Sabah bah!

Ini adalah beberapa keping pic koleksi peribadi semasa bercuti di sabah pada 14-18 Januari 2013, percutian yang sangat2 best...hilang seketika penat lelah bekerja seketika terlena dengan panorama yang indah ciptaan Tuhan dengan kehijauan saujana mata memandang di kaki gunung kinabalu.Perjalanan yang memakan masa 2 jam setengah dari lcct terubat dengan layanan mesra penduduk di sana.Walaupun memakan masa 3 jam untuk sampai di kundasang, suasana dan perjalan yang di indah dapat mengubati lelah yang panjang. MasyaAllah ketenangan yang di rasai ketika mula2 sampai di sini tak boleh di gambarkan dengan kata2, datang lah sendiri untuk merasai kenikmatan Alam ciptaan Tuhan.







Thursday, January 10, 2013

Ayam Goreng Crispy



Ayam Goreng Crispy

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili (optional) *tak letak pun taka apa.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih *tak letak pun taka apa.
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk) *boleh diganti dengan yogurt
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

Ayam Goreng Bersalut Oat




Ayam Goreng Bersalut Oat

Bahan-bahan
• 6-8 ketul drumstick @ bahagian lain
• 1 sudu serbuk kari
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• Lada sulah/serbuk cili
• Garam
• 2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
• 1/2 biji telur

Untuk Saduran
• Oat secukupnya

 Cara-cara
1.                   Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur             dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
2.                   Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
3.                   Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu    sahaja.

Wednesday, January 9, 2013

Erti sebuah persahabatan

.oO
Hai dah lama blog ni bersawang, dan dah lama gak aku x tulis ttg kehidupan...hurm hari ni terdetik pulak nak kongsi tentang apa itu nilai persahabatan yg sebenar.
Aku di kelilingi ramai kawan2 yg menyenagkan tetapi adalah satu dua kawan2 yg menye poil kan hidup aku..ek betul ke ayat yg aku guna ni..boleh lah kan, blog aku suka hati aku lah kan hihihi.
Bila seseorang tu dah jadi kawan aku terutamanya BFF aku a.k.a teman tapi mesra n apa2 pun lah asalkan yg bila aku bangun tdo, eh dah makan ke kawan aku tu, dia tgh buat apa skg ni ek n paling tak pun sms jap lah hai ladiess dah lunch ke..itu cukup menunjukkan betapa pentingnya dia dalam hidup aku. Kerana dia telah mengamatkan suasana hidup aku, menceriakan bagun pagi ku dan yang penting dia tak pernah ku lupa doakan untuknya di setiap sujudku...Mahal tak harga kawan2 aku, ok next sape nak jadi kawan2 aku sila beratur isi borang hokey...

Apa aku melalut ni, sebenarnya aku nak citer aku mmg menghargai semua kawan2 ku yg pernah menangis dan ketawa bersama dan mati pun bersama itu kata malique n black la hihihi. Aku sangat sayang kat korang, sangat sangat sayang n sayang2 sangat kat korang n what everlah apa org nak kata yg penting aku bahagia ada kawan2 yg sentiasa ada bila aku menangis dan sentiasa bersama bila aku ketawa.

Aku tak perlukan kawan2 yg berharta, aku x perlukan kawan2 yg menabur air liur menayang kan kemewahan walaupun sebenarnya habuk pun x dak, aku x perlukan kan kawan2 yg manis di bibir tapi pahit di hati..ek ayat apa ni mcm x best je, macam ni lah contohlah janji nak belikan aku sunglasses tapi tunggu punya tunggu habuk pun x de, nak kawan pasal ada makna seperti ada udang di sebalik mee...x payah tunjuk lah pakai keta berjela kalau sebenarnya kereta pinjam n tak yah tayang rumah besar kalau downpayment rumah pun mak mertua yg bagi...tapi konon2nya bila ko bergaya kawan2 semua boleh di beli...ayat ni bukan tuju kat sesiapa ek, ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati...ini hanya citer tentang realiti kehidupan.

Aku x kisah kalau aku hilang kawan mcm ni, walau pun berkurangan nama yg aku sebuat di setiap doaku, aku x kan menangis lagi kawan2 yg sebenarnya hipokrit yang tak faham sebenarnya erti persahabatan, bagi aku itu bukan lah kawan terbaik yg perlu ku jaga, ku nangisi , ku belai ku curahkan sepenuh kasih sayang ku kepada kawan yang seperti itu...Tapi jauh di sudup hati ku, aku sentiasa doakan agar dia berubah dan lebih menghargai erti sebuah persahabatan dan buakan seperti tin kosong yg bila di tendang melayang tanpa haluan