Bahan-bahan
- Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
- 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
- Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
- 8 biji bawang merah
- Ayam
- 2 biji bawang putih
- daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
- kicap
- minyak untuk menumis
- Cili kering/ Cili Bo
- asam keping
- serbuk kunyit
Cara-cara
1. Blend bawang putih merah, ketumbar
biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan
cili bo).
2. Setelah dilblend gunakan bahan ini
bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
3. Panaskan minyak dan masukkan ayam
yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan
ayam.
4. Bila ayam sudah agak masak (jangan
terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
5. Kacau semua bahan dan biarkan diatas
api sampai masak @ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang
diketuk serta daun limau purut.
6. Bila rasa dah sebati masin manis dan
berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.
Tips: Sesuai dijadikan bekalan bagi
perjalanan jauh kerana tidak cepat basi.