Tuesday, September 10, 2013

Tips Kek Kurma Moist Tanpa Telur





Bahan-bahan
  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yang lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional)
Cara-cara
  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air.
  2. Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  3. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. 
  4. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla.
  6. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan (kalau tak suka tak perlu letak, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak)
  7.  Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C.

Tips : Cucuk kek dengan lidi, kalau kek tak melekat kat lidi makna kek dah pun masak.

Monday, September 9, 2013

Sambal / Kuah Kacang (Simple)




Bahan-bahan
·         1/2 kg kacang tanah (di goreng tanpa minyak,buang kulit dan ditumbuk)
·         8 ulas bawang merah-di tumbuk
·         4 ulas bawang putih-di tumbuk
·         500 ml air asam jawa
·         10 tangkai cili kering rebus sebentar - kisar cili kering yang sudah di toskan airnya 
·         Garam
·         Gula secukup rasa

*Gaul kacang tanah bersama air asam jawa dalam mangkuk-ketepikan

Cara-cara
1)      Panaskan minyak
2)      Tumis bawang tumbuk hingga naik bau
3)      Masukkan cili kering kisar
4)      Tumis hingga naik bau
5)      Masukkan kacang tanah yang sudah di gaul bersama air asam jawa.
6)      Masukkan garam dan gula
7)      Lihat akan kepekatannya
8)      Kalau cair sila tambah air asam jawa lagi
9)      Kacau sebati hingga terbit minyak
10)   Rasa kuah kacang mestilah ada rasa masam,manis dan masin

Bebola Daging Homemade




BAHAN
·         400 g daging kisar
·         1/2 cawan bread crumb (atau boleh  digantikan dengan 3 sudu besar tepung jagung)
·         Garam- anggaran 1/4 sudu teh
·         Basil kering (jenis serbuk kasar)
·         Lada sulah
·         3 ulas bawang putih- cincang halus
·         1 biji bawang besar- cincang halus

CARANYA
1)      Campurkan kesemua bahan
2)      Gaul sebati
3)      Bulat-bulatkan ikut saiz pilihan
4)      Didihkan air dalam periuk
5)      Masukkan bebola daging (api kecil)
6)      Biar hingga bebola timbul ke atas
7)      Cedok dan toskan

Tips: Jangan letakkan banyak-banyak bebola daging dalam periuk – nanti berlaga-laga dan pastikan api kecil.
Bebola yang sudah siap disejukkan boleh di simpan dalam peti sejuk dan digunakan ikut cita rasa - untuk digoreng atau dibakar……

Friday, September 6, 2013

RESEPI SATAY AYAM MADU





Bahan:
  • 500 gm isi ayam/daging (hiris kecil )
  • 3 batang serai - dikisar
  • 3 hiris lengkuas - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan putih - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 - 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil madu
  • sedikit gula melaka / kurosato /nisse -dikisar
  • Lidi satay secukupnya

Bahan tambahan:
  • Kuah Kacang Daging / Kuah kacang
  • nasi impit - dipotong dadu
  • timun (dipotong kecil)
  • bawang besar jika suka (potong kecil)

Bahan untuk merenjis :
  • 1 biji buah keras(ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  1. Kacau gula dengan air hingga hancur.
  2. Masukkan buah keras dan minyak kemudian kacau sebati.
  3. Serai yang diketuk sedikit dan diikat bersama sehelai daun pandan sebagai perenjis.
  4. Celup ke dalam bahan renjis dan renjis ke atas satay yang sedang di bakar.

Cara membuat satay:
  1. Biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih di sangai / digoreng tanpa minyak sehingga wangi kemudian baru di tumbuk / dikisar bersama serai, halia, lengkuas, kunyit, bawang putih, dan gula melaka.
  2. Kemudian campurkan dengan gula, garam dan madu. Perasakan cukup manis, masin.
  3. Perap ayam dengan bahan kisar selama 4 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
  4. Cucuk dengan lidi satay.
  5. Bakar dan renjiskan dengan bahan renjis sehingga satay masak.
PELBAGAI PILIHAN CARA MEMBAKAR SATAY
  1. Sapukan TUDUNG PERIUK dengan sedikit minyak masak dan letakkan di atas dapur gas. Susun satay di atas tudung periuk dan bakar sehingga masak. Boleh bakar dan renjis macam bakar dengan arang. ATAU
  2. Bakar satay di dalam OVEN dengan suhu 200 c selama 20 - 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada jenis oven. ATAU
  3. Buat je SATAY GORENG kemudian bila dah masak cucuk dengan lidi.