Monday, December 10, 2012

Apam Strawberi Polkadot



Bahan-bahannya:

·            140 gm tepung gandum
·            1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
·            110 gm gula halus
·            75 ml susu segar atau susu cair 
·            2 biji telur
·            1 sudu kecil ovelette
·            1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
·            Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
·            Sedikit perwarna hijau - untuk daun
·            Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
·            Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
·            30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nampak kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dalam piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati  

No comments:

Post a Comment