Monday, December 17, 2012

Durian Crepe



Durian Crepe

Bahan-bahan
  • 20 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung ubi
  • 10 gm tepung jagung
  • 10 gm tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu besar gula halus
  • 40 ml susu cair
  • 150 ml air
  • kaler kuning lemon
  • perisa durian ~ pilihan
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk   
  2. Sebatikan dan tapis
  3. Lengserkan kuali dengan butter
  4. Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick ( tak melekat ) dan layangkan kuali agar ianya menebar dengan tipis. Lebihan adunan boleh di keluarkan supaya crepe tak menjadi tebal
  5. Buat crepe setipis yang boleh
  6. Masak menggunakan api yang kecil
  7. Masak hingge crepe mengering dan   perlu di terbalikkan
                                                                                                   
FILLING (inti)
Bahan (a)
  • 200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingge kental
  • Isi durian secukupnya
  • 200 gm susu segar
  • 50 gm whipping cream
Bahan (b)
  • 30 gm tepung kastard
  • 50 gm gula castor
  • 2 kuning telur
  • 30 gm susu segar
  • 200 gm non dairy whipping cream
Cara-cara
  1. Satukan campuran B hingga sebati
  2. Satukan A dan B dan masak atas double boiler hingga adunan  menjadi pekat
  3. Sejukkan sebentar.( biar betul betul sejuk)
  4. Putar whipping hingga kental.
  5. Satukan adunan kastard dan whipping dengan kaedah kaup balik
  6.  
CARA MENGGULUNG
  1. Ambil sekeping crepe
  2. Letak filling dan isi durian
  3. Gulung crepe dengan melipat kiri dan kanan
  4. Lipat bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas

Udang Goreng Nestum



Udang Goreng Nestum

Bahan-bahan:
·         20 ekor udang yang agak besar
·         10 helai daun kari
·         3 ulas bawang putih dicincang halus
·         3 sudu besar butter
·         3 biji cili api dihiris kasar
·         1 sudu kecil serbuk stok ayam
·         1/2 cawan nestum ( nak lebihkan pun, boleh juga tapi kena tambah butter)
·         minyak untuk menggoreng udang
  
Cara-cara:
1.       Udang digaul dengan sedikit garam 
2.       Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing.
3.       Angkat dan toskan
4.       Panaskan butter
5.       Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api, masak sehingga berbau wangi
Masukkan pula nestum dan serbuk stok ayam
6.       Gaul sehingga nestum nampak garing. 
7.       Matikan api, masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali
8.       Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati
9.       Angkat dan hidangkan panas

Ayam Masak Merah



Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
  • 6 sudu besar minyak sapi                            
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih   
  • 4 biji buah pelaga               
  • 125 ml air     
  • 1 kg ayam  - dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garam lalu di goreng sampai masak dan diasingkan
  • 125g kismis hitam - dicincang halus 
  • 250ml sos tomato    
  • 3 sudu besar madu  
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 cm lengkuas - dititik
  • Garam  secukup rasa
  • 2 sudu kecil bijan - digoreng tanpa minyak sehingga wangi
  • 1 tangkai daun pudina     

Dikisar halus
  • 10 ulas bawang merah - dikupas
  • 2 ulas bawang putih - dikupas
  • 2 cm halia - dikupas
  • 1 batang serai        
  • 15 tangkai cili kering -  direndam dalam air panas dan dituskan
                                                                                                                                  
Cara-cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar
  2. Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk
  3. Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina

Twister ‘Ala’ KFC


Gambar Hiasan
RESEPI KULIT TWISTER (TORTILLA )
Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)
  • 1 1/4 cawan air suam
Cara-cara
  1. Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
  2. Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
  4. Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
  6. Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit untuk setiap belah.

RESEPI UNTUK INTI
Bahan- bahan:
·         1 keping dada ayam
·         1 biji telur
·         Tepung goreng KFC
·         Minyak

1.      Celup ayam ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung KFC
2.      Goreng hingga masak, tapi jangan terlalu garing.
3.      Hiris nipis dan kecil.

Sayuran:

·         Tomato - dibersihkan dan dipotong dadu
·         Timun - dibuang biji dan parut panjang
·         Salad - dihiris nipis
·         Mayonis
·         Lada hitam

1.      Gaul semua sayur ngan mayonis dan lada hitam
2.      Masukkan ayam goreng tadi dan sedia dihidang.