Monday, September 8, 2014

Kek Coklat Moist



Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair/segar/perisa coklat
3/4 cawan minyak
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh emulco
 *semua bahan di masukkn dlm periuk n panaskn ats api hngga gula hancur.lps tu rehatkn sebentar

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat soda
*semua bhn di atas diayak brsama

Bahan C
3 biji telur..pukul...hingga kembang..mixer/whisk

Cara-Cara
1.       campurkn bahan A dan bahan B.. kacau rata
2.       masukkn bahan C sedikit demi sedikit dan gaul rata - mnggunakn whisk
3.       tuang adunan dalam loyang yang siap digris minyak n dialas kertas mnyak
4.       bakar dengan suhu 150'c - 160'c selama 1 jam atau hingga kek masak
5.       setelah kek masak, taburkn coklat rice atas kek atau boleh juga curahkn coklat masakn yang siap dimasak melalui proses double boil n baru ditabur dengan coklat rice
6.       panaskn oven terlebih dahulu, ddengan suhu 150'c selama 15 minit sebelum membaking kek

CHEWY NUTELLA BROWNIES



Bahan-bahan
Bahan A
·         250 gm butter ~ potong kecil
·         400 gm coklat masakan ~ potong kecil
-          Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan
-          Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler
-          Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin
-          Biarkan ia sejuk sebentar

Bahan B
·         90 gm tepung 
·         50 gm serbuk koko
·         100 gm kekacang ~ di panggang dahulu
-          Ayak tepung bersama serbuk koko.
-          Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
-          Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
-          * kekacang terpulang pada citarasa untuk letak atau tidak

Bahan C
·         5 biji telur ~ saiz A
·         1 sudu teh esen vanilla
·         1 sudu besar coklat emulco
·         290 gm gula perang

Cara-cara


  1. Panaskan oven pada suhu 160 C
  2. Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc
  3. Sapukan loyang dengan sedikit butter
  4. Alas dasar loyang dengan kertas minyak
  5. Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut
  6. Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi (kacau rata)
  7. Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan
  8. Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat - proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung - jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu
  9. Tuangkan adunan ke dalam loyang (ratakan) - corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
  10. Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna
  11. Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit
  12. 12.  Potonglah brownies kepada kepingan - Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


BISKUT FLORENTINE




Bahan-bahan

  • ·         200gm Tepung Florenta / Florentine
  • ·         200gm Badam Keping
  • ·         100gm Kuaci Hitam
  • ·         20gm Bijan Hitam


Cara-cara

  1. Badam dan kuaci dibakar sebentar dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit
  2. Satukan semua bahan dalam bekas
  3. Gaul rata hingga semuanya bersalut sempurna
  4. Sediakan loyang 14x14 inci dan dialas dengan kertas kek
  5. Panaskan oven pada suhu 160C
  6. Tuangkan adunan dalam loyang dan ratakan nipis
  7. Bakar selama 10 minit
  8. Keluarkan dari oven dan terus potong kepada kepingan
  9. Simpan dalam bekas kedap udara

Kuih Bakar @ Bingka Pandan



Bahan bahan:
·         2 cawan tepung gandum, diayak
·         1 cawan gula halus
·         3 biji telur gred A
·         600 ml santan (cm guna 200ml santan kotak + 400ml air)
·         250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
·         2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
·         1/2 camca teh garam
·         1/4 camca teh pewarna hijau makanan
·         Bijan secukupnya untuk hiasan

Cara cara:
1.       Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
2.       Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan.
3.       Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak).
4.       Sejukkan kueh sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.