Friday, September 6, 2013

DADIH






Bahan-Bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 2 tin susu sejat (800ml)
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 2.4 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan 2 sudu besar air
  • Perasa pilihan (boleh guna 1 sudu kecil coklat emulco, dan 1 sudu kecil serbuk perasa pandan)

Cara-Cara:
  • Masak serbuk agar-agar bersama air hingga mendidih.  Larutkan agar-agar dengan sedikit air dulu supaya tak berketul.
  • Masukkan susu sejat, garam, gula, tepung jagung dan perasa pilihan.
  • Masak dengan api sederhana dan selalu dikacau.
  • Apabila nampak  hampir mendidih, tutupkan api. Jangan masak lama, takut dadih keras.
  • Kalau nak buat 2 perasa, lepas masukkan susu sejat, garam, gula, dan tepung jagung, kacau-kacau kejap dan bahagikan dulu baru masukkan perasa.
  • Tapis ke dalam bekas-bekas kecil. Sejukkan dan boleh dimakan.

Thursday, May 30, 2013

RESEPI DAN TIPS PUDING ROTI KARAMEL



https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQcGgQxZqwbi5VL3TlR57yXaa6PP8HQv3MsADqY9X6cwNn2ovoLjQ
Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur gred A @ 4 biji gred B - dipukul perlahan dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1 cawan susu cair+1cawan air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • Esen vanilla (1 sudu kecil)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil supaya tidak hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati-hati gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik-cacikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak(40min-1jam).

Wednesday, February 6, 2013

Kek Kukus Berinti Daging

Kek Kukus Berinti Daging


Bahan untuk kek:
·         3 biji telur gred B
·         50gm gula castor (mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake)
·         Secubit garam
·         100gm tepung superfine (boleh guna tepung Hong Kong)
·         1/4 tsp baking powder
·         Sedikit pewarna kuning (tambah biar nampak berseri sikit)

Cara-cara:
1.       Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 minit.
2.       Ayak tepung bersama baking powder. Balikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula, jangan diputar

Bahan untuk inti daging:
·         250gm daging kisar (Boleh juga diganti dengan ayam)
·         1 biji bawang besar, dipotong dadu
·         1 tsp lada putih
·         2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese)
·         Secubit garam
·         1 tbsp tepung gandum
* tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
1.       Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2.       Sementara itu panaskan pengukus.
3.       Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4.       Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, January 23, 2013

Sotong Goreng Telur Masin


Sotong Goreng Telur Masin


Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 500g sotong sederhana besar
  • serbuk lada sulah
  • tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar mentega (boleh diganti dengan majerin)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 tangkai cili merah (dicincang halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji telur masin yg telah direbus (kuning sahaja) - dilenyek
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam / 1/4 kiub pati ayam
  • 1 subu besar gula
  • 3 sudu besar air
  • serbuk lada hitam (optional)
  • minyak untuk menggoreng sotong
Cara-cara
  1. perap sotong dengan serbuk lada sulah (optional)
  2. salut sotong dengan  tepung jagung
  3. goreng sotong  dalam minyak banyak (deep fry) selama 20-30 saat (garingkan bhgn luar sahaja) dan ketepikan
  4. panaskan minyak + mentega dalam kuali yang berasingan
  5. tumis bawang putih, cili merah, daun kari hingga naik bau
  6. masukkan pati ayam, gula, lada hitam (kepada yang suka), dan air
  7. masukkan udang, masak seketika
  8. masukkan telur masin, gaul sebati

Tuesday, January 22, 2013

Ice Cream – Oreo McFlurry



Ice Cream – Oreo McFlurry

Bahan-bahan

  •  ½ tin susu pekat
  • 3 cawan susu segar / susu cair
  • 80g Ovalette
  • 3 sudu besar  Creamer 
  • Satu paket biskut Oreo (dihancurkan)


 Cara-cara

  1. Blend / mixcbahan no.1 hingga no.4
  2. Masukkan Oreo dan blend sampai hancur
  3. Tuang ke dalam gelas atau apa-apa acuan 
  4.  Sejukkan dalam peti ais