Wednesday, February 6, 2013

Kek Kukus Berinti Daging

Kek Kukus Berinti Daging


Bahan untuk kek:
·         3 biji telur gred B
·         50gm gula castor (mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake)
·         Secubit garam
·         100gm tepung superfine (boleh guna tepung Hong Kong)
·         1/4 tsp baking powder
·         Sedikit pewarna kuning (tambah biar nampak berseri sikit)

Cara-cara:
1.       Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 minit.
2.       Ayak tepung bersama baking powder. Balikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula, jangan diputar

Bahan untuk inti daging:
·         250gm daging kisar (Boleh juga diganti dengan ayam)
·         1 biji bawang besar, dipotong dadu
·         1 tsp lada putih
·         2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese)
·         Secubit garam
·         1 tbsp tepung gandum
* tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
1.       Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2.       Sementara itu panaskan pengukus.
3.       Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4.       Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, January 23, 2013

Sotong Goreng Telur Masin


Sotong Goreng Telur Masin


Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 500g sotong sederhana besar
  • serbuk lada sulah
  • tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar mentega (boleh diganti dengan majerin)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 tangkai cili merah (dicincang halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji telur masin yg telah direbus (kuning sahaja) - dilenyek
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam / 1/4 kiub pati ayam
  • 1 subu besar gula
  • 3 sudu besar air
  • serbuk lada hitam (optional)
  • minyak untuk menggoreng sotong
Cara-cara
  1. perap sotong dengan serbuk lada sulah (optional)
  2. salut sotong dengan  tepung jagung
  3. goreng sotong  dalam minyak banyak (deep fry) selama 20-30 saat (garingkan bhgn luar sahaja) dan ketepikan
  4. panaskan minyak + mentega dalam kuali yang berasingan
  5. tumis bawang putih, cili merah, daun kari hingga naik bau
  6. masukkan pati ayam, gula, lada hitam (kepada yang suka), dan air
  7. masukkan udang, masak seketika
  8. masukkan telur masin, gaul sebati

Tuesday, January 22, 2013

Ice Cream – Oreo McFlurry



Ice Cream – Oreo McFlurry

Bahan-bahan

  •  ½ tin susu pekat
  • 3 cawan susu segar / susu cair
  • 80g Ovalette
  • 3 sudu besar  Creamer 
  • Satu paket biskut Oreo (dihancurkan)


 Cara-cara

  1. Blend / mixcbahan no.1 hingga no.4
  2. Masukkan Oreo dan blend sampai hancur
  3. Tuang ke dalam gelas atau apa-apa acuan 
  4.  Sejukkan dalam peti ais

Saturday, January 19, 2013

Percutian di pulau mutiara Sabah bah!

Ini adalah beberapa keping pic koleksi peribadi semasa bercuti di sabah pada 14-18 Januari 2013, percutian yang sangat2 best...hilang seketika penat lelah bekerja seketika terlena dengan panorama yang indah ciptaan Tuhan dengan kehijauan saujana mata memandang di kaki gunung kinabalu.Perjalanan yang memakan masa 2 jam setengah dari lcct terubat dengan layanan mesra penduduk di sana.Walaupun memakan masa 3 jam untuk sampai di kundasang, suasana dan perjalan yang di indah dapat mengubati lelah yang panjang. MasyaAllah ketenangan yang di rasai ketika mula2 sampai di sini tak boleh di gambarkan dengan kata2, datang lah sendiri untuk merasai kenikmatan Alam ciptaan Tuhan.







Thursday, January 10, 2013

Ayam Goreng Crispy



Ayam Goreng Crispy

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili (optional) *tak letak pun taka apa.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih *tak letak pun taka apa.
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk) *boleh diganti dengan yogurt
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.