Monday, September 8, 2014

Kuih Bakar @ Bingka Pandan



Bahan bahan:
·         2 cawan tepung gandum, diayak
·         1 cawan gula halus
·         3 biji telur gred A
·         600 ml santan (cm guna 200ml santan kotak + 400ml air)
·         250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
·         2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
·         1/2 camca teh garam
·         1/4 camca teh pewarna hijau makanan
·         Bijan secukupnya untuk hiasan

Cara cara:
1.       Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
2.       Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan.
3.       Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak).
4.       Sejukkan kueh sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Tuesday, November 26, 2013

Snow Cheese Meleleh




Kek:
·         100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
·         60g tepung jagung*
·         1 sudu kecil baking powder*
·         1 sudu besar ovalette
·         100g gula kastor
·         4 biji telur
·         2 biji kuning telur
·         50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
·         75g mentega cair

Cara:
1.       Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2.       Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
3.       mentega cair.Sebatikan.
4.       Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:
·         250g cream cheese
·         120g susu pekat manis
·         50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
·         1 buku (250g) cheddar cheese,diparut.

Cara penyediaan:
ü   Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
ü   Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
ü   Parutkan cheddar cheese di atas kek.

Thursday, November 7, 2013

Air Soya



Bahan-Bahan:
  • Kacang Soya (RM2 lebih sekilo)
  • Gula
  • Krimer – coffee mate (optional)
Cara-Caranya:
  1. Rendamkan kacang soya dengan nisbah 3/4 air dan 1/4 kacang soya. Ini adalah kerana soya akan mengembang dan menyerap air sehingga hampir menyamai paras air. Rendam selama 4 jam.
  2. Setelah 4 jam, tos kan kacang soya tersebut dan kisar. Gunakan nisbah 1:10 iaitu 1 bahagian soya, 10 bahagian air. Jika 100g soya, air yang digunakan ialah 1 liter. Anda boleh tambah sehingga 1:14 jika tujuan untuk jual.
  3. Tapis air soya yang dikisar tersebut dan dimasak.
  4. Masukkan gula. Jika 14 liter air soya, 2 kg gula diperlukan (lebih kurang).Masukkan krimer jika ada.
  5. Masak sehingga ia mengelegak.
  6. Siap.

Tips:
Jika inginkan air soya yang sedap, pastikan mengunakan kacang soya yang berkualiti. Bagi gula, anda juga boleh gunakan gula perang.
Krimer hanya untuk menambahkan rasa berkrim air soya tersebut.

Cakoi dan Sos Kastard Manis



Bahan-bahan:
·         400gm tepung gandum ~ di ayak
·         1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
·         1 cawan air
·         1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
·         1 sudu kecil garam
·         1 sudu besar gula
·         1 sudu besar susu pekat manis
·         1 biji kuning telur
·         2 sudu kecil yis segera
·         Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
1.       Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau agar sebati.
2.       Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3.       Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari . Biarkan selama setengah jam - bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4.       Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5.       Potong kepada kepingan bersaiz  1 inci.
6.       Rendamkan lidi di dalam air . Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut .
7.       Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.
8.       Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng keperangan.

Sos Kastard Manis
Bahan-bahan
·         1 1/2 sdb tepung kastard
·         1 1/2 cawan santan
·         1/2 cawan air biasa
·         5 sdb gula
·         2 helai daun pandan
·         sedikit pewarna hijau
·         secubit garam
- Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana, kacau sehingga gula hancur dan bancuhan agak likat dan berkilat. Kalau bancuhan terlampau likat, boleh tambah air sikit.