Monday, September 9, 2013

Sambal / Kuah Kacang (Simple)




Bahan-bahan
·         1/2 kg kacang tanah (di goreng tanpa minyak,buang kulit dan ditumbuk)
·         8 ulas bawang merah-di tumbuk
·         4 ulas bawang putih-di tumbuk
·         500 ml air asam jawa
·         10 tangkai cili kering rebus sebentar - kisar cili kering yang sudah di toskan airnya 
·         Garam
·         Gula secukup rasa

*Gaul kacang tanah bersama air asam jawa dalam mangkuk-ketepikan

Cara-cara
1)      Panaskan minyak
2)      Tumis bawang tumbuk hingga naik bau
3)      Masukkan cili kering kisar
4)      Tumis hingga naik bau
5)      Masukkan kacang tanah yang sudah di gaul bersama air asam jawa.
6)      Masukkan garam dan gula
7)      Lihat akan kepekatannya
8)      Kalau cair sila tambah air asam jawa lagi
9)      Kacau sebati hingga terbit minyak
10)   Rasa kuah kacang mestilah ada rasa masam,manis dan masin

Bebola Daging Homemade




BAHAN
·         400 g daging kisar
·         1/2 cawan bread crumb (atau boleh  digantikan dengan 3 sudu besar tepung jagung)
·         Garam- anggaran 1/4 sudu teh
·         Basil kering (jenis serbuk kasar)
·         Lada sulah
·         3 ulas bawang putih- cincang halus
·         1 biji bawang besar- cincang halus

CARANYA
1)      Campurkan kesemua bahan
2)      Gaul sebati
3)      Bulat-bulatkan ikut saiz pilihan
4)      Didihkan air dalam periuk
5)      Masukkan bebola daging (api kecil)
6)      Biar hingga bebola timbul ke atas
7)      Cedok dan toskan

Tips: Jangan letakkan banyak-banyak bebola daging dalam periuk – nanti berlaga-laga dan pastikan api kecil.
Bebola yang sudah siap disejukkan boleh di simpan dalam peti sejuk dan digunakan ikut cita rasa - untuk digoreng atau dibakar……

Friday, September 6, 2013

RESEPI SATAY AYAM MADU





Bahan:
  • 500 gm isi ayam/daging (hiris kecil )
  • 3 batang serai - dikisar
  • 3 hiris lengkuas - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan putih - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 - 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil madu
  • sedikit gula melaka / kurosato /nisse -dikisar
  • Lidi satay secukupnya

Bahan tambahan:
  • Kuah Kacang Daging / Kuah kacang
  • nasi impit - dipotong dadu
  • timun (dipotong kecil)
  • bawang besar jika suka (potong kecil)

Bahan untuk merenjis :
  • 1 biji buah keras(ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  1. Kacau gula dengan air hingga hancur.
  2. Masukkan buah keras dan minyak kemudian kacau sebati.
  3. Serai yang diketuk sedikit dan diikat bersama sehelai daun pandan sebagai perenjis.
  4. Celup ke dalam bahan renjis dan renjis ke atas satay yang sedang di bakar.

Cara membuat satay:
  1. Biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih di sangai / digoreng tanpa minyak sehingga wangi kemudian baru di tumbuk / dikisar bersama serai, halia, lengkuas, kunyit, bawang putih, dan gula melaka.
  2. Kemudian campurkan dengan gula, garam dan madu. Perasakan cukup manis, masin.
  3. Perap ayam dengan bahan kisar selama 4 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
  4. Cucuk dengan lidi satay.
  5. Bakar dan renjiskan dengan bahan renjis sehingga satay masak.
PELBAGAI PILIHAN CARA MEMBAKAR SATAY
  1. Sapukan TUDUNG PERIUK dengan sedikit minyak masak dan letakkan di atas dapur gas. Susun satay di atas tudung periuk dan bakar sehingga masak. Boleh bakar dan renjis macam bakar dengan arang. ATAU
  2. Bakar satay di dalam OVEN dengan suhu 200 c selama 20 - 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada jenis oven. ATAU
  3. Buat je SATAY GORENG kemudian bila dah masak cucuk dengan lidi.

DADIH






Bahan-Bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 2 tin susu sejat (800ml)
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 2.4 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan 2 sudu besar air
  • Perasa pilihan (boleh guna 1 sudu kecil coklat emulco, dan 1 sudu kecil serbuk perasa pandan)

Cara-Cara:
  • Masak serbuk agar-agar bersama air hingga mendidih.  Larutkan agar-agar dengan sedikit air dulu supaya tak berketul.
  • Masukkan susu sejat, garam, gula, tepung jagung dan perasa pilihan.
  • Masak dengan api sederhana dan selalu dikacau.
  • Apabila nampak  hampir mendidih, tutupkan api. Jangan masak lama, takut dadih keras.
  • Kalau nak buat 2 perasa, lepas masukkan susu sejat, garam, gula, dan tepung jagung, kacau-kacau kejap dan bahagikan dulu baru masukkan perasa.
  • Tapis ke dalam bekas-bekas kecil. Sejukkan dan boleh dimakan.

Thursday, May 30, 2013

RESEPI DAN TIPS PUDING ROTI KARAMEL



https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQcGgQxZqwbi5VL3TlR57yXaa6PP8HQv3MsADqY9X6cwNn2ovoLjQ
Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur gred A @ 4 biji gred B - dipukul perlahan dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1 cawan susu cair+1cawan air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • Esen vanilla (1 sudu kecil)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil supaya tidak hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati-hati gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik-cacikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak(40min-1jam).