Monday, September 9, 2013

Bebola Daging Homemade




BAHAN
·         400 g daging kisar
·         1/2 cawan bread crumb (atau boleh  digantikan dengan 3 sudu besar tepung jagung)
·         Garam- anggaran 1/4 sudu teh
·         Basil kering (jenis serbuk kasar)
·         Lada sulah
·         3 ulas bawang putih- cincang halus
·         1 biji bawang besar- cincang halus

CARANYA
1)      Campurkan kesemua bahan
2)      Gaul sebati
3)      Bulat-bulatkan ikut saiz pilihan
4)      Didihkan air dalam periuk
5)      Masukkan bebola daging (api kecil)
6)      Biar hingga bebola timbul ke atas
7)      Cedok dan toskan

Tips: Jangan letakkan banyak-banyak bebola daging dalam periuk – nanti berlaga-laga dan pastikan api kecil.
Bebola yang sudah siap disejukkan boleh di simpan dalam peti sejuk dan digunakan ikut cita rasa - untuk digoreng atau dibakar……

Friday, September 6, 2013

RESEPI SATAY AYAM MADU





Bahan:
  • 500 gm isi ayam/daging (hiris kecil )
  • 3 batang serai - dikisar
  • 3 hiris lengkuas - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan putih - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 - 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil madu
  • sedikit gula melaka / kurosato /nisse -dikisar
  • Lidi satay secukupnya

Bahan tambahan:
  • Kuah Kacang Daging / Kuah kacang
  • nasi impit - dipotong dadu
  • timun (dipotong kecil)
  • bawang besar jika suka (potong kecil)

Bahan untuk merenjis :
  • 1 biji buah keras(ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  1. Kacau gula dengan air hingga hancur.
  2. Masukkan buah keras dan minyak kemudian kacau sebati.
  3. Serai yang diketuk sedikit dan diikat bersama sehelai daun pandan sebagai perenjis.
  4. Celup ke dalam bahan renjis dan renjis ke atas satay yang sedang di bakar.

Cara membuat satay:
  1. Biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih di sangai / digoreng tanpa minyak sehingga wangi kemudian baru di tumbuk / dikisar bersama serai, halia, lengkuas, kunyit, bawang putih, dan gula melaka.
  2. Kemudian campurkan dengan gula, garam dan madu. Perasakan cukup manis, masin.
  3. Perap ayam dengan bahan kisar selama 4 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
  4. Cucuk dengan lidi satay.
  5. Bakar dan renjiskan dengan bahan renjis sehingga satay masak.
PELBAGAI PILIHAN CARA MEMBAKAR SATAY
  1. Sapukan TUDUNG PERIUK dengan sedikit minyak masak dan letakkan di atas dapur gas. Susun satay di atas tudung periuk dan bakar sehingga masak. Boleh bakar dan renjis macam bakar dengan arang. ATAU
  2. Bakar satay di dalam OVEN dengan suhu 200 c selama 20 - 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada jenis oven. ATAU
  3. Buat je SATAY GORENG kemudian bila dah masak cucuk dengan lidi.

DADIH






Bahan-Bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 2 tin susu sejat (800ml)
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 2.4 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan 2 sudu besar air
  • Perasa pilihan (boleh guna 1 sudu kecil coklat emulco, dan 1 sudu kecil serbuk perasa pandan)

Cara-Cara:
  • Masak serbuk agar-agar bersama air hingga mendidih.  Larutkan agar-agar dengan sedikit air dulu supaya tak berketul.
  • Masukkan susu sejat, garam, gula, tepung jagung dan perasa pilihan.
  • Masak dengan api sederhana dan selalu dikacau.
  • Apabila nampak  hampir mendidih, tutupkan api. Jangan masak lama, takut dadih keras.
  • Kalau nak buat 2 perasa, lepas masukkan susu sejat, garam, gula, dan tepung jagung, kacau-kacau kejap dan bahagikan dulu baru masukkan perasa.
  • Tapis ke dalam bekas-bekas kecil. Sejukkan dan boleh dimakan.

Thursday, May 30, 2013

RESEPI DAN TIPS PUDING ROTI KARAMEL



https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQcGgQxZqwbi5VL3TlR57yXaa6PP8HQv3MsADqY9X6cwNn2ovoLjQ
Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur gred A @ 4 biji gred B - dipukul perlahan dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1 cawan susu cair+1cawan air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • Esen vanilla (1 sudu kecil)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil supaya tidak hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati-hati gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik-cacikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak(40min-1jam).

Wednesday, February 6, 2013

Kek Kukus Berinti Daging

Kek Kukus Berinti Daging


Bahan untuk kek:
·         3 biji telur gred B
·         50gm gula castor (mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake)
·         Secubit garam
·         100gm tepung superfine (boleh guna tepung Hong Kong)
·         1/4 tsp baking powder
·         Sedikit pewarna kuning (tambah biar nampak berseri sikit)

Cara-cara:
1.       Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 minit.
2.       Ayak tepung bersama baking powder. Balikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula, jangan diputar

Bahan untuk inti daging:
·         250gm daging kisar (Boleh juga diganti dengan ayam)
·         1 biji bawang besar, dipotong dadu
·         1 tsp lada putih
·         2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese)
·         Secubit garam
·         1 tbsp tepung gandum
* tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
1.       Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2.       Sementara itu panaskan pengukus.
3.       Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4.       Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.